Mengenali pasukan 10 Briged Para yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka merupakan satu peluang keemasan, kerana banyak perkara yang tidak disedari, sebenarnya dimiliki oleh pasukan ini.
Memang diakui 10 Briged Para mempunyai kemahiran yang pelbagai sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Disebabkan itu juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu digerakkan dalam masa singkat untuk ke mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini - ‘Tindak Pantas’. Kepantasan 10 Briged Para secara langsung memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan.
Kebolehan. Secara umum, 10 Briged Para adalah pasukan payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara. Setelah mengenali lebih dekat 10 Briged Para, sememangnya ia adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang dimiliki. Hubungan erat dan kekeluargaan di briged ini dapat dilihat melalui pergaulan termasuklah cara bersalaman. Setiap anggota pasukan akan menggenggam erat tangan sambil memegang ibu jari. Cara bersalaman anggota 10 Briged Para ini sudah menjadi budaya setiap pegawai dan anggota. Ia menunjukkan betapa eratnya hubungan antara kami. Disebabkan itu, logo genggaman penumbuk yang terdapat di 10 Briged Para melambangkan gabungan
“Pada tahun lepas kita berjaya digerakkan ke Timor Leste dalam masa yang diperlukan, selaras dengan ikrar kami ‘Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan”. “Saya juga berasa amat bangga kerana mempunyai pegawai dan anggota-anggota yang mempunyai semangat jitu dan telah memberikan komitmen tidak berbelah bagi,” tegas beliau. Menurut Brig Jen Suhaimi, pasukan itu juga mengamalkan budaya latihan berterusan di mana setiap anggota bermula dari peringkat bawahan hingga kepada beliau sendiri, sama ada mereka menjalankan tugas kerani, pemandu atau sebagainya, mereka perlu berlatih sepanjang masa dan berlatih terjun menggunakan payung terjun. Latihan payung terjun itu akan diadakan sepanjang masa, malah boleh dikatakan setiap bulan. “Saya sendiri pun kena terjun... Doktor, ustaz malah jurulatih juga dan semua anggota dalam 10 Briged Para. “Tidak ada yang istimewa kerana kita semua akan menggunakan payung yang sama, keluar melalui pesawat yang sama. Dengan latihan yang berterusan maka ketangkasan kita akan terus mantap,’’ katanya. “Beret Merun dan sayap di dada adalah pendorong utama bagi pegawai dan anggota-anggota briged ini. “Beret merun tidak diberi secara percuma tetapi ia perlu diperoleh,” tegas beliau.
Ketegasan Brig Jen Suhaimi dapat dilihat semasa bersama-sama menjalani latihan ‘Para Ground Training' bersama-sama anggota beliau. Beliau sendiri telah memberi teguran dan tunjuk ajar kepada anggota-anggota bagi mengelakkan kecederaan semasa penerjunan. Brig Jen Suhaimi adalah anak kelahiran Jerantut, Pahang, mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur dan merupakan bekas penuntut putera Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dari
Satu lagi penghormatan yang ditugaskan kepada beliau sebelum menjadi Panglima 10 Briged Para ialah sebagai Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Brig Jen Suhaimi, dari aspek memperkasakan tahap profesional anggota-anggota Para, aktiviti yang diamalkan oleh 10 Briged Para ialah “Hari-Hari Belajar dan Hari-Hari Berlatih”. Setiap anggota dan pegawainya turut digalakkan supaya sentiasa membaca. “Melalui proses pembelajaran, hari ini seseorang itu menjadi pembaca, esok dia akan menjadi pemimpin,” ujar beliau.
Beliau juga berasa bangga dengan pembabitan para isteri anggota dan pegawai kerana telah memainkan peranan aktif serta memberi sokongan dan dorongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Ini adalah salah satu aspek yang telah memantapkan ketumbukan ini. Berikutan budaya, tradisi serta ilmu yang diterapkan di 10 Briged
1 ulasan:
salam &selamat berpuasa kpd warga para,teruskan perjuangan...dari saya X-para ADsubang...Rahimi..visit my blog >>> http://remibags.blogspot.com <<<
Catat Ulasan