Google

Sabtu, 19 Julai 2008

1,500 Anggota Tentera Darat Bakal Naik Pangkat

KUANTAN 18 Julai - Lebih 1,500 pegawai dan anggota Tentera Darat bakal menikmati kenaikan pangkat melalui eksais pemilihan yang akan diadakan untuk mereka dalam tempoh terdekat ini. Kenaikan pangkat tersebut meliputi perjawatan dalam Batalion Infantri Para, Batalion Infantri Mekanis, Batalion Infantri Istiadat dan Kompeni Bantuan Para Tentera Darat. Panglima Tentera Darat, Tan Sri Ismail Jamaluddin berkata, tarikh sebenar eksais tersebut masih belum diputuskan dan perbincangan mengenainya sedang dijalankan oleh peringkat tertinggi pasukan itu ketika ini.

"Peluang kenaikan pangkat ini ekoran keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang meluluskan 99.3 peratus daripada permohonan perjawatan Tentera Darat dua bulan lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Perbarisan Pemakaian Beret Dan Penyerahan Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Pasukan Malcon III Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) yang akan menyertai misi pengaman di Lubnan bermula 20 Julai ini.

Kehadiran 370 pegawai dan anggota Pasukan Malcon III UNIFIL ke Lubnan itu bertujuan mengambil alih tugas Pasukan Malcon II yang dijangka menamatkan misi pengaman di negara tersebut pada akhir bulan ini. Ismail berkata, peluang kenaikan pangkat itu ekoran penstrukturan semula Tentera Darat sebelum ini yang bertujuan menyelaraskan ketidakseimbangan antara batalion infantri dengan batalion infantri standard yang diwujudkan pada 1998. Menurutnya, ia juga bersesuaian dengan langkah Tentera Darat yang sedang memberi tumpuan terhadap aspek memperlengkapkan infrastruktur, mempertingkatkan sistem persenjataan, mengurus dan melatih sumber manusia.

"Saya berharap peningkatan jawatan ini dapat memberi kesan yang jelas terhadap pengoperasian Tentera Darat secara keseluruhannya selepas ini," tegas beliau. Ismail berharap perkembangan terbaru itu akan dapat menjadikan Tentera Darat sebuah pasukan yang mempunyai kebolehan untuk melakukan pelbagai misi dan dipercayai dari segenap aspek. Ismail menggesa setiap pegawai dan anggota pasukan tersebut tidak terpengaruh dengan politik semasa atau terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara. Sebaliknya, beliau mahu mereka mengambil tahu dan mengikuti senario politik semasa sebagai pengetahuan agar sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya diarahkan.


Sumber: Utusan Malaysia
Technorati Profile

Khamis, 19 Jun 2008

Ucapan Tahniah dari Portal Para

TAHNIAH. Brig Jen Dato’ Mazelan Kasap telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan telah dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen yang baru menggantikan Lt Jen Dato’ Muhammad Effendi Mustaffa yang telah bersara pada awal Nov 2007. Pemakaian pangkat ini diadakan di Bilik Tamu VIP, KLIA dan disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin pada 23 Nov lalu. Hadir sama Puan Sri Rosmalisa Abdullah, Panglima 10 Bgd Para bersama isteri. Turut serta tiga orang anak Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap.

Sumber: BTDM Jan 08

Rabu, 18 Jun 2008

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

13 Pegawai Kanan TD dinaikkan pangkat dalam satu upacara yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, bertempat di Bilik Teratai, Wisma Pertahanan pada pada 24 Jan 2008. Dalam majlis ini tiga orang pegawai telah dinaikkan ke pangkat dari Lt Kol ke Kolonel di dahului oleh Lt Kol Hasagaya bin Abdullah yang akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima 10 Bgd Para, Lt Kol Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan,menjawat jawatan Pengarah Rancang MK ATM—KOMLEK dan Lt Kol Ahmad Abdul Rahman menjawat jawatan Kolonel Cawangan di MK Medan TD. Turut dinaikkan pangkat dalam majlis yang sama ialah 10 orang pegawai yang dinaikkan pangkat dari Mejar ke pangkat Leftenan Kolonel iaitu Mej Mohd Samin Mohd Sih akan menjawat jawatan Timbalan Komander Rej 516 AW, Mej Azman Mohamad Yasin sebagai Pegawai Memerintah 8 RAMD, Mej Mohd Adna’an Mahmud menjawat jawatan Pegawai Memerintah 10 RAMD, Mej Mohamad Noorlizam Shamsuddin menjawatjawatan Pegawai Staf 1 Teknikal Jabatan Arah Inf, Mej Azian Iskandar Dato’ Abd Ghani menjawat jawatan Pegawai Memerintah 3 KAD, Mej Zulkifli Ahmad Pegawai Staf 1 Jurutera MK Medan TD, Mej Norhayati Hassan menjawat jawatan Pegawai Tugas Khas Pejabat Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pertahanan, Mej Ramli Idris sebagai Pegawai Memerintah 21 RAD, Mej Mohd Ramzi Hj Mohd Noor sebagai Pegawai Staf 1 Teknikal Jabatan Arah KPD dan Mej Loc Hamca Hj Nawi menjawat jawatan Pegawai Memerintah 11 RGK. Turut dinaikkan pangkat ke Kapten ialah Pegawai Pengiring kepada PTD, Lt Ahmad Fitri Othman.

Hadir sama di dalam upacara tersebut ialoah Pengerusi jemaah tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Hajjah Meggie Rosmaliza Abdullah, Timb Panglima TD, Lt Jen Dato’ Masood Hj Zainal Abidin dan isteri Datin Junaidah Hj Zainol dan Pengarah-pengarah Kor.


Kol Hasagaya Abdullah Timb Panglima 10 Briged Para

Sumber: BTDM Jan 08

Rabu, 4 Jun 2008

Tuah 10 Briged Para di Stadium Hang Jebat

BUAT julung kalinya, Stadium Hang Jebat, Melaka, telah digegarkan dengan 600 ahli-ahli sukan dan atlet dari kesemua formasi Tentera Darat (TD) yang ‘bertembung’ di sana pada Kejohanan Olahraga TD ke 27 pada 6 sehingga 8 Mei lalu. Kejohanan olahraga ini diadakan setiap tahun bagi mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Tentera Darat di kejohanan olahraga peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Memandangkan olahraga telah disenaraikan oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu daripada jenis-jenis sukan yang berprestasi tinggi, maka TD mengambil inisiatif bagi membuka peluang kepada anggota-anggota yang berbakat untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan.

Bagi atlet-atlet TD yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan jenis ini, mereka berpeluang mewakili negara dan seterusnya meningkatkan imej TD di arena sukan. Ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai atlet TD mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, 10 atlet TD telah dipilih mewakili negara di sukan SEA di Korat, Thailand, pada 2007 dan lebih membanggakan mereka berjaya membawa pulang satu pingat emas dan lima pingat gangsa. Kejohanan Olahraga TD kali ini telah disertai 0leh formasi Terup Pemerintahan Tentera Darat, 1 hingga 4 Divisyen, 10 Briged Para, Markas Logistik TD dan Markas Pemerintahan Latihan TD. Setiap Formasi telah menghantar atlet-atlet terbaik mereka untuk menyertai acara-acara yang dipersetujui untuk dipertandingkan.

Pada kejohanan kali ini, seramai 571 atlet lelaki telah bertanding dalam 22 acara, sementara 106 atlet wanita pula bertanding dalam 20 acara olahraga.Selain daripada kesemua acara olahraga itu, di luar stadium terdapat pula gelanggang tarik tali bagi memberi peluang setiap formasi menghantar ‘orang-orang besi’ mereka beradu kekuatan.

Majlis pembukaan kejohanan tersebut dibuat dengan penuh gemilang apabila 12 anggota penerjun bebas dari Platun Pandura 10 Briged Para membawa bendera kejohanan dan bendera-bendera formasi melalui penerjunan dari aras 6,000 kaki tepat ke sasaran.Mereka seterusnya menyerahkan bendera kejohanan kepada Kumpulan Pembawa Bendera Kejohanan untuk dikibarkan.

Pasukan Atur Cepat (PAC), 10 Briged Para yang dinaungi Brig Jen Dato' Suhaimi, dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Olahraga TD ke-27 ini dengan memperolehi 10 pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa. Sementara itu, tempat kedua keseluruhan pula adalah dari formasi 2 Divisyen dan tempat ketiga adalah milik formasi 3 Divisyen. Lebih manis, johan kategori lelaki juga telah disandang oleh formasi 10 Briged Para, manakala johan bagi kategori wanita telah disandang oleh formasi 2 Divisyen.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dalam ucapan penutup, secara peribadi berpuas hati dengan penganjuran dan komitmen semua formasi dalam menjayakan kejohanan tersebut.Beliau juga memuji kesungguhan dan azam atlet yang bertanding apabila lapan rekod baru kejohanan TD dan ATM berjaya diperbaharui. Semasa berucap, beliau menekankan bahawa olahraga merupakan acara sukan yang bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal, malah mampu membina kekuatan mental serta mengawal emosi dan membina semangat berpasukan. “Bersesuaian dengan pembangunan dan pemodenan, TD harus memiliki kelebihan untuk maju dalam bidang sukan olahraga iaitu dengan mempunyai kecergasan mental dan fizikal yang tinggi, infrastruktur serta kemudahan sukan olahraga yang baik.“Sejajar dengan itu, latihan insentif di pusat-pusat kecemerlangan sukan yang sedia ada dalam TD akan juga dapat melahirkan atlet-atlet TD yang layak mewakili negara,” katanya.


Panglima 10 Briged Para bersama Orang Besi
10 Briged Para yang menjuarai Acara Tarik Tali
di Kejohanan Olahraga TD Ke 27

Sumber: Utusan Malaysia

Khamis, 22 Mei 2008

Penerbitan Majalah Berbentuk Digital

Salam Hormat kepada semua pengunjung budiman. Kini smartpara.com akan mulai menerbitkan majalah DIGITAL yang diadaptasikan dari majalah-majalah keluaran Tentera Darat Malaysia seperti BTDM dan akhbar-akhbar tempatan mahupun antarabangsa yang berkaitan dengan ketenteraan khasnya 10 Briged Para. Buat permulaan smartpara.com telah menerbitkan sebuah majalah mengenai 9 RAMD Para (dipetik dari Majalah BTDM) yang telah diubahsuai kepada bentuk DIGITAL dan boleh dimuat turut (download) dari link yang telah disediakan. Untuk masa hadapan, semua majalah-majalah DIGITAL yang diterbitkan akan diletakkan (link) di ruangan PAUTAN KHAS. Semoga usaha ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung setia weblog ini dan dimanfaatkan sebagai bahan rujukan di masa-masa akan datang. Untuk download dan membaca majalah sila klik gambar majalah di bawah. Terima kasih.... smartpara.com



Rabu, 16 April 2008

Paratrooper Creed

I volunteered as a parachutist, fully realizing the hazards of my chosen service and by my actions will always uphold the prestige, honor and high esprit-de-corps of the only volunteer branch of the Army.

I realize that a parachutist is not merely a soldier who arrives by parachute to fight, but is an elite shock trooper and that his country expects him to march farther and faster, to fight harder, to be more self-reliant, and to soldier better than any other soldier. Parachutists of all allied armies belong to this great brotherhood.

I shall never fail my fellow comrades by shirking any duty or training, but will always keep myself mentally and physically fit and shoulder my full share of the task, whatever it may be.

I shall always accord my superiors fullest loyalty, and I will always bear in mind the sacred trust I have in the lives of the men I will lead into battle.

I shall show other soldiers by my military courtesy to my superior officers and noncommissioned officers, by my neatness of dress, by my care of my weapons and equipment, that I am a picked and well-trained soldier.

I shall endeavor always by my soldierly appearance, military bearing and behavior, to reflect the high standards of training and morale of parachute troops.

I shall respect the abilities of my enemies, I will fight fairly and with all my might. Surrender is not in my creed.

I shall display a higher degree of initiative than is required of the other troops and will fight on to my objective and mission, though I be the lone survivor.

I shall prove my ability as a fighting man against the enemy on the field of battle not by quarreling with my comrades in arms or by bragging about my deeds, thus needlessly arousing jealousy and resentment against parachute troops.

I shall always realize that battles are won by an Army fighting as a team, that I fight and blaze the path into battle for others to follow and to carry the battle on.

I belong to the finest fighting unit in the Army. By my appearance, actions, and battlefield deeds alone, I speak for my fighting ability. I will strive to uphold the honor and prestige of my outfit, making my country proud of me and the unit to which I belong - 10th Parachute Brigade.


Isnin, 14 April 2008

Penyampaian Cek Kepada Keluarga Mangsa LIMA 2007

28hb Disember 2007 - Pengurus Insurans Koperasi Tentera, Kapt (B) Mohd Zamani bin Abdullah bersama Pegawai Cawangan Melaka telah menyampaikan cek tuntutan kematian Skim Takaful Berkelompok ATM kepada 3 orang anggota Koperasi Tentera yang telah meninggal dunia semasa latihan penerjunan sempena pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (LIMA 2007) pada 02 Disember 2007 di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Anggota-anggota yang terlibat adalah seperti berikut :-

  • Allahyarhamah 5005448 Pbt Siti Hajar bt Yakub (Bn Ke 8 RRD Para, Kem Terendak, Melaka )
  • Allahyarhamah 5005436 Pbt Nurul Wahida bt Mohamad Yunus (Bn Ke 17 RAMD Para, Kem Terendak, Melaka )
  • Mendiang 1133987 Pbt Raymond Anak Duncan (Skn Armor Para, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan )

Kesemua cek ini telah diserahkan kepada Panglima Markas 10 Briged Para iaitu Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki. Majlis penyerahan cek-cek berkenaan telah disempurnakan semasa Majlis Pemakaian Beret Maroon Dan Sayap Berdarah dengan disaksikan oleh Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota dari keseluruhan Pasukan di bawah naungan 10 Briged Para. (Berita Sumbangan Koperasi Tentera)

Khamis, 10 April 2008

10 Briged Para Anjur Pesta Pantai Sempena HUT TD Ke - 75

PADA tahun ini Tentera Darat Malaysia (TDM) meraikan sambutan Jubli Intan yang ke-75 tahun membawa tema `TD Mendokong Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara’.

Sempena meraikan ulang tahun tersebut, satu acara sambutan Hari Keluarga peringkat Tentera Darat (TD) yang berkonsepkan `Pesta Pantai’ telah diadakan baru-baru ini, di Melaka.Acara tersebut yang dianjurkan oleh 10 Briged Para telah diadakan di pesisir pantai Kem Terendak, Melaka. Apa yang istimewa ialah lebih 3,000 warga tentera hadir memeriah sambutan tersebut bersama ahli keluarga mereka.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Puan Sri Maggie Rosmalisa Abdullah, Panglima-Panglima dan Pegawai-Pegawai Kanan TD. Konsep sambutan merangkumi acara sukaneka, aktiviti riadah, permainan, pertandingan sukan dan juga acara memancing.

Secara keseluruhannya, penglibatan anggota adalah terdiri daripada warga TD bersama keluarga masing-masing termasuk kakitangan awam serta penglibatan masyarakat awam di sekitar kawasan Kem Terendak, Kem Sungai Udang dan Kem Masjid Tanah, Melaka.

Penglibatan secara terbuka kepada semua ini, selain daripada dapat menambah kemeriahan acara ia juga dapat merapatkan jalinan hubungan silaturrahim dan kekeluargaan antara warga TD dan masyarakat awam.

Secara tidak langsung, sambutan itu menggambarkan perpaduan dan kerjasama yang mantap dalam pasukan TD.

Pelbagai acara dan aktiviti yang menarik telah diaturkan bagi warga TD dan masyarakat awam berinteraksi bersama keluarga.

Aktiviti-aktiviti riadah dan permainan yang menarik dan menghiburkan turut disediakan seperti `banana ride’, futsal, bola tampar pantai, pertandingan memancing dan pelbagai acara lain.

Rata-rata peserta dan pengunjung berpuas hati dengan acara-acara yang dijalankan.Salah satu acara yang menjadi tarikan ialah cabutan bertuah dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan seperti motosikal dan skuter sebagai hadiah utama, barangan elektrik dan perkakas rumah. Pelbagai hadiah telah diberikan dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Turut memeriahkan sambutan ialah Timbalan Panglima TD, Panglima Medan, Panglima Divisyen dan Panglima-Panglima Briged Infantri dan Gerup Gerak Khas serta isteri dan ahli keluarga mereka.

Keakraban yang ditonjolkan telah mengeratkan silaturrahim antara pihak pemerintahan TD dengan anggota-anggota.

Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki selaku Pengerusi Pengelola Hari Keluarga TD itu merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran ini termasuk pengurusan TD.

Sambutan pesta ini telah berjaya mengeratkan silaturrahim antara warga TD dan masyarakat awam serta rakyat setempat. Kerjasama yang ditonjolkan oleh semua pihak adalah contoh terbaik permuafakatan antara pasukan tentera dan masyarakat yang berbilang bangsa.