
Rabu, 26 September 2007
Perdana Menteri Sri Lanka Membuat Lawatan Rasmi Ke 10 Briged Para

Senamrobik ‘SEMERAH SEHITAM TINDAK PANTAS’

Para Challenge 2007 Uji Ketahanan

Para Challenge 2007 yang berlangsung baru-baru ini memberi gambaran jelas kemampuan dan daya ketahanan mental serta fizikal anggota tentera selain keyakinan diri, kerjasama berkumpulan dan memupuk semangat setiakawan di kalangan anggota 10 Briged Para. Perjuangan hampir seminggu di darat, udara dan laut itu seolah-olah satu latihan yang akan memenuhi kriteria seorang anggota tentera sempurna seandainya sesuatu musibah berlaku di tanah air sendiri.
Jelas sekali....... ketahanan, setiap titis keringat dan darah yang mengalir dalam tubuh peserta Para Challenge 2007 adalah demi mengekalkan keharmonian negara. Ini membuktikan kesediaan pengorbanan dan kasih jitu jika ada musuh durjana cuba menggugat keamanan negara selama 50 tahun kemerdekaan dikecapi. Kejayaan mereka menghabiskan setiap rintangan dengan sempurna menjamin tiada lagi alasan yang boleh diberi seandainya ada musuh mahu meragut keamanan negara.Setiap anggota seolah-olah tidak menghiraukan siang, malam, hujan, panas dan duri-duri tajam yang terpaksa ditempuhi.
Tujuan mereka hanya satu, menghabiskan setiap cabaran dan kejayaan hasil semangat setiakawan ahli pasukan. Matlamat mereka juga jitu, melepasi garis penamat tanpa banyak soal walaupun seragam sudah berbau hanyir peluh dan pecah tumit kerana jauh berjalan.
Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Suhaimi Mohd Zuki berkata, tujuan Para Challenge itu untuk membuktikan kemampuan tentera dalam setiap aspek samada di darat, laut maupun udara. Ini sekali gus memberi impak kekuatan semangat dan daya juang tinggi di kalangan peserta yang bertanding. ‘‘Mereka tetap tabah menempuh cabaran cuaca dan halangan yang begitu berat serta berjaya membuktikan kemampuan untuk mengharungi segala rintangan.‘‘Ini adalah bukti jelas bahawa setiap peserta mampu membawa cabaran yang diberi dan menunjukkan semangat kerjasama padu antara setiap ahli kumpulan.
Tambahnya, apa yang dilakukan adalah tanda bahawa setiap anggota tentera sudah bersedia dari fasa pertama hingga fasa terakhir yang memerlukan komitmen setiap ahli kumpulan. ‘‘Fizikal dan mental mereka benar-benar diuji dengan halangan yang tidak akan berjaya ditempuhi seandainya tiada semangat juang yang tinggi.‘‘Mereka sudah lama bersedia, ini bukti mereka sedia berkhidmat demi negara pada bila-bila masa sahaja,’’ ujarnya.
Para Challenge merupakan salah satu daripada tradisi 10 Briged Para yang dipertandingkan setiap dua tahun untuk menguji ahli pasukan terhadap kekuatan fizikal dan mental.Ia sekali gus mengeratkan silaturrahim di setiap peringkat anggota terutama dalam situasi kepayahan dan keletihan. Tahap kerjasama setiap anggota dalam kumpulan tersebut itu juga diuji dari segi perintah dan pengawalannya kepada ketua.
Terdapat 14 kumpulan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil mengambil bahagian pada pertandingan tahun ini. Kumpulan-kumpulan itu ialah Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu DiRaja Para (9 RAMD Para), Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu DiRaja Para (17 RAMD Para),Batalion Ke 8 Rejimen Renjer DiRaja (RRD) Para (8 RRD Para) dan Rejimen 1 Artileri DiRaja (1 RAD) Para. Kumpulan pasukan kecil pula ialah Kompeni Bantuan Para, Skuadron Armor Para, 10 Skuadron Rejimen Semboyan DiRaja Para, 10 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Para, 361 Bateri Artileri DiRaja Para, Gabungan Kem 10 Briged Para, 10 Platun Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD) Para dan Platun Pandu Udara, gabungan 10 Kompeni Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) Para, 10 Kompeni Worksyop Medan Para dan 10 Kor Ordnans DiRaja (10 KOD) Para.Sementara pasukan jemputan pula diwakili Tim 21 Grup Gerak Khas (GGK), Tim Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Tim Markas Medan Tentera Darat (MK Medan TD).Pertandingan ini melibatkan semua pasukan di bawah naungan 10 Briged Para serta pasukan jemputan dengan setiap pasukan diwakili seramai 20 anggota.
Tambah Brig Jen Suhaimi, pertandingan sebegini dapat memupuk semangat juang dan berlawan yang selama ini dipelajari mereka.‘‘Kerana itu, apabila kita menjemput pasukan lain dan melihat sendiri kemampuan yang menjadi ‘bekal’ negara apabila terdapat ancaman luar. ‘‘Setiap pasukan menunjukkan fokus dan daya saing untuk menang tetapi tidak melupakan semangat kerjasama yang perlu dipegang untuk mencapai piala kejayaan,’’ jelasnya.
Cogan kata ‘hari-hari kita belajar dan hari-hari kita berlatih’ yang diserap pada warga 1- Briged Para akhirnya telah berjaya dizahirkan dalam pertandingan itu dan negara kini boleh tersenyum kerana pejuangnya sentiasa bersedia dan sanggup berkorban apa sahaja demi keamanan tanah air tercinta.
Sabtu, 22 September 2007
Eksesais Gerak Pantas
Kesemua mereka yang menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memulakan penerjunan tepat pukul sembilan pagi, sejam selepas berlepas dari Pangkalan Udara Subang. Peritnya, ujian tersebut sebenarnya telah bermula sejak pukul 4.30 pagi lagi apabila mereka diarah melakukan persiapan lengkap. Bagaimanapun, sepanjang perjalanan, anggota penerjun itu turut diuji daya ketahanan apabila pesawat yang dinaiki melakukan pelbagai 'aksi'.
Kalau tidak tahan, tentu ada yang akan muntah atau pening kepala, tetapi anggota- anggota 10 Briged Para adalah mereka yang telah terlatih dan 'fit'. Apa yang membanggakan, latihan itu turut menyaksikan ketangkasan tujuh anggota penerjun wanita yang tidak mahu ketinggalan menonjolkan daya saing kepada penerjun lelaki.
Sebaik sahaja kesemua mendarat, setiap anggota penerjun kemudian terpaksa meredah ‘lautan' ladang tebu sebelum berkumpul di lokasi yang ditetapkan. Misi seterusnya ialah kesemua anggota penerjun itu diarah berjalan kaki sejauh berpuluh-puluh kilometer sambil memikul bebanan antara 80 hingga 90 kilogram seorang dan lengkap bersenjata untuk menawan sasaran yang dikenal pasti iaitu kawasan Sintok, Kedah.
Ini adalah sebahagian daripada senario latihan yang dinamakan Eksesais Kanopi Kenyalang siri 31/07 yang menjadi acara tahunan pasukan itu yang lebih dikenali sebagai `maroon machine'.
Keesokannya, selepas berjaya ‘menakluki’ ladang tebu Chuping menerusi 560 orang penerjun, pasukan 10 Briged Para memperluaskan lagi wilayah ‘penguasaan’ mereka di Sintok. Kali ini, dengan hanya kekuatan seramai 240 anggota, pasukan tersebut dilihat ‘menawan’ kawasan tersebut menerusi operasi pendaratan secara taktikal dari udara (Tactical Air Landing Operation - TALO). Operasi melalui helikopter itu dilakukan secara pantas, sesuai dengan gelaran diberikan kepada pasukan berkenaan iaitu ‘Briged Taufan’ kerana kepantasan dan ketangkasan warganya ketika bertindak.
TALO dan Eksesais Kanopi Kenyalang merupakan gabungan dua sesi latihan dinamakan Eksesais Gerak Pantas yang harus ditempuhi setiap anggota briged terbabit. Sesi latihan tersebut berlangsung sekitar kawasan Alor Setar, Chuping dan Sintok.
Eksesais Gerak Pantas diadakan bagi menguji kesediaan setiap anggota dalam melaksanakan sesuatu operasi terutama ketika kecemasan. Ia juga bertujuan memastikan kemahiran dan ketangkasan anggota-anggota 10 Briged Para sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Selasa, 18 September 2007
Cabaran - Pranita Para (PARAWIN)
BAGI seorang wanita, berada dalam kumpulan elit Tentera Darat (TD) merupakan satu kesempatan amat berharga bukan sahaja kepada diri sendiri, malah keluarga. Ini kerana bukannya sesuatu yang mudah untuk menempatkan diri dalam pasukan 10 Briged Para yang merupakan barisan hadapan TD. “Memang pada mulanya ketika berlatih dalam pasukan 10 Briged Para ini, ia sungguh menakutkan. “Mana tak takut, kita kena terjun dari udara beribu kaki, macam-macam boleh berlaku. “Tapi, selagi kita patuh pada arahan dan tetapkan disiplin diri dari apa yang telah dipelajari, insya-Allah semuanya akan selamat,’’ kata Koperal Norlalaiti Haron, 29, yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Bagi beliau, walaupun memakai tudung kepala, setiap latihan sama ada ketika di darat mahupun udara, ia tidak sekali-kali menghalangnya.
Menurut Norlalaiti, minatnya menyertai tentera atas dorongan keluarga terutama bapanya, Allahyarham Haron Abdul Wahab, yang juga seorang anggota tentera. “Pada mulanya memang ada ahli keluarga yang tidak berapa setuju saya menyertai pasukan tentera, tetapi akhirnya saya dapat buktikan bahawa saya juga mampu bersaing dengan anggota-anggota lain,’’ katanya.
Norlalaiti berkata, beliau memilih pasukan 10 Briged Para kerana mahukan sedikit kelainan berbanding unit-unit lain dalam TD. “Saya mahukan cabaran bagi membuktikan wanita juga mampu bersaing dengan anggota lelaki,’’ katannya.
Rakan setugas Norlalaiti, Parawin Hamidah Ab. Karim, 25, pula menganggap penyertaan dalam pasukan itu merupakan satu penghormatan yang tinggi. “Saya sertai pasukan ini pada penghujung tahun 2003. “Ketika pertama kali buat penerjunan pada tahun 2004, memang ia amat menakutkan. Tapi saya cekalkan hati. “Begitu juga hingga kini, setiap kali penerjunan perasaan takut itu memang ada. Apa yang penting ialah kita perlu lakukan mengikut arahan dan disiplin yang telah diajar. “Sedikit sahaja kesilapan, pasti boleh membawa pada pada diri,’’ katanya yang berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Menurut Hamidah, walaupun sudah beberapa kali membuat penerjunan dari udara, tetap seseorang anggota itu tidak boleh mendabik dada. “Saya akan anggap setiap kali penerjunan, ia merupakan yang pertama kali buat dirinya walaupun sebelum itu sudah beberapa kali berjaya melakukannya.“Apa yang penting ialah kita perlu belajar dan terus belajar memahirkan diri,’’ katanya.
Ahad, 16 September 2007
Briged Taufan Takluki Sintok
Selepas berjaya ‘menakluki’ ladang tebu Chuping, Padang Besar menerusi 560 orang penerjun, pasukan 10 Briged Para yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka, memperluaskan lagi wilayah ‘penguasaan’ mereka sehingga ke Sintok, Kedah. Kali ini, dengan hanya kekuatan seramai 240 anggota, pasukan yang cukup dikenali sebagai ‘beret merun’ dilihat dengan mudah ‘menawan’ kawasan tersebut melalui operasi pendaratan secara taktikal dari udara (Tactical Air Landing Operation - TALO). Segalanya dilakukan secara pantas, sesuai dengan gelaran diberikan kepada pasukan ini iaitu ‘Briged Taufan’ kerana kepantasan dan ketangkasan warganya ketika bertindak. Bagaimanapun, semua situasi tersebut hanyalah sebahagian daripada sesi latihan Eksesais Gerak Pantas yang harus ditempuhi setiap anggota briged ini. Sesi latihan yang bermula sejak 31 Mac 2007 itu berlangsung sekitar kawasan Alor Setar, Chuping dan Sintok.
Sebanyak 560 orang penerjun dari pasukan ini berjaya melakukan aksi terjunan di ladang tebu Chuping yang berkeluasan lebih 10,000 hektar. Sebaik sahaja selamat melakukan pendaratan, mereka meneruskan cabaran apabila menjalani latihan taktikal di darat dan dikerahkan berjalan kaki dari ladang tebu tersebut hingga ke Kompleks Sintok sejauh 45 kilometer. Apa yang membanggakan, latihan dinamakan Eksesais Kanopi Kenyalang siri 31/07 tersebut turut menyaksikan ketangkasan tujuh anggota wanita para (PARAWIN) yang sama-sama melakukan terjunan pada ketinggian 800 hingga 1,100 kaki. Eksesais Gerak Pantas diadakan bagi menguji kesediaan setiap anggota dalam melaksanakan sesuatu operasi terutama ketika kecemasan. Ia juga bertujuan memastikan kemahiran dan kesiapsiagaan anggota-anggota 10 Briged Para sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
10 Briged Para - Pasukan Elit ATM
Mengenali pasukan 10 Briged Para yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka merupakan satu peluang keemasan, kerana banyak perkara yang tidak disedari, sebenarnya dimiliki oleh pasukan ini.
Memang diakui 10 Briged Para mempunyai kemahiran yang pelbagai sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Disebabkan itu juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu digerakkan dalam masa singkat untuk ke mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini - ‘Tindak Pantas’. Kepantasan 10 Briged Para secara langsung memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan.
Kebolehan. Secara umum, 10 Briged Para adalah pasukan payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara. Setelah mengenali lebih dekat 10 Briged Para, sememangnya ia adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang dimiliki. Hubungan erat dan kekeluargaan di briged ini dapat dilihat melalui pergaulan termasuklah cara bersalaman. Setiap anggota pasukan akan menggenggam erat tangan sambil memegang ibu jari. Cara bersalaman anggota 10 Briged Para ini sudah menjadi budaya setiap pegawai dan anggota. Ia menunjukkan betapa eratnya hubungan antara kami. Disebabkan itu, logo genggaman penumbuk yang terdapat di 10 Briged Para melambangkan gabungan Malah, 10 Briged Para juga bolehlah diumpamakan sebagai pasukan yang mengutamakan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawainya. Menurutnya, selain cara bersalaman dan genggaman yang ditunjukkan, satu lagi budaya atau tradisi diamalkan 10 Briged Para ialah mereka diwajibkan berlari dalam pergerakan dari satu bangunan ke satu bangunan lain. “Ia sebenarnya memperlihatkan setiap anggota dan pegawai sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia walaupun ketika keadaan aman. “Kami bersedia untuk digerakkan bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan sekali pun apabila diarah oleh pucuk pimpinan ATM.
“Pada tahun lepas kita berjaya digerakkan ke Timor Leste dalam masa yang diperlukan, selaras dengan ikrar kami ‘Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan”. “Saya juga berasa amat bangga kerana mempunyai pegawai dan anggota-anggota yang mempunyai semangat jitu dan telah memberikan komitmen tidak berbelah bagi,” tegas beliau. Menurut Brig Jen Suhaimi, pasukan itu juga mengamalkan budaya latihan berterusan di mana setiap anggota bermula dari peringkat bawahan hingga kepada beliau sendiri, sama ada mereka menjalankan tugas kerani, pemandu atau sebagainya, mereka perlu berlatih sepanjang masa dan berlatih terjun menggunakan payung terjun. Latihan payung terjun itu akan diadakan sepanjang masa, malah boleh dikatakan setiap bulan. “Saya sendiri pun kena terjun... Doktor, ustaz malah jurulatih juga dan semua anggota dalam 10 Briged Para. “Tidak ada yang istimewa kerana kita semua akan menggunakan payung yang sama, keluar melalui pesawat yang sama. Dengan latihan yang berterusan maka ketangkasan kita akan terus mantap,’’ katanya. “Beret Merun dan sayap di dada adalah pendorong utama bagi pegawai dan anggota-anggota briged ini. “Beret merun tidak diberi secara percuma tetapi ia perlu diperoleh,” tegas beliau.
Ketegasan Brig Jen Suhaimi dapat dilihat semasa bersama-sama menjalani latihan ‘Para Ground Training' bersama-sama anggota beliau. Beliau sendiri telah memberi teguran dan tunjuk ajar kepada anggota-anggota bagi mengelakkan kecederaan semasa penerjunan. Brig Jen Suhaimi adalah anak kelahiran Jerantut, Pahang, mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur dan merupakan bekas penuntut putera Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dari
Satu lagi penghormatan yang ditugaskan kepada beliau sebelum menjadi Panglima 10 Briged Para ialah sebagai Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Brig Jen Suhaimi, dari aspek memperkasakan tahap profesional anggota-anggota Para, aktiviti yang diamalkan oleh 10 Briged Para ialah “Hari-Hari Belajar dan Hari-Hari Berlatih”. Setiap anggota dan pegawainya turut digalakkan supaya sentiasa membaca. “Melalui proses pembelajaran, hari ini seseorang itu menjadi pembaca, esok dia akan menjadi pemimpin,” ujar beliau.
Beliau juga berasa bangga dengan pembabitan para isteri anggota dan pegawai kerana telah memainkan peranan aktif serta memberi sokongan dan dorongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Ini adalah salah satu aspek yang telah memantapkan ketumbukan ini. Berikutan budaya, tradisi serta ilmu yang diterapkan di 10 Briged