Google

Ahad, 9 Disember 2007

Berpantang Maut Sebelum Ajal - Semangat Juang Seorang PARAWIN

Kfn Zaliza binti Zakaria adalah diantara penerjun yang terselamat di dalam trajedi yang meragut 3 nyawa anggota 10 Briged Para yang tersasar akibat tiupan angin kencang secara tiba-tiba semasa latihan penerjunan sempena Pertunjukan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2007 (LIMA LANGKAWI 2007). Beliau yang sedang bertugas di pasukan 10 Kompeni Woksyop Medan Para, Kem Terendak, Melaka menceritakan detik cemas yang dialaminya. Ketika kejadian, yang hanya bermain difikirannya hanyalah mati dan mulutnya tidak putus-putus mengucapkan dua kalimah syahadah. Kfn Zaliza menceritakan, walaupun beliau pada awalnya merasakan sesuatu yang akan berlaku pada dirinya pada hari penerjunan tersebut telah sedaya upaya menenangkan hati sendiri. Semangat kental yang tidak mengenal erti kekalahan dan disiplin yang yang dipupuk dalam dirinya membuatkan beliau bersemangat untuk terus melaksanakan latihan penerjunan pada hari tersebut. Beliau menyifatkan kejadian yang menimpanya sebagai suatu pengalaman yang amat berharga dan sukar dilupakan. Walaupun sedikit trauma di atas kejadian yang menimpa, namun semangat juang yang ada di dalam sanubarinya membuatkan beliau bersemangat untuk terus berkhidmat di dalam 10 Briged Para selagi khidmatnya diperlukan. Kfn Zaliza bagaimanapun berasa amat sedih di atas pemergian 3 orang rakan seperjuangannya dan menyifatkan segala yang berlaku sebagai ketentuan dari tuhan..... Marilah kita bertafakur sejenak dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada 2 orang anggota PARAWIN yang telah terkorban. Al-Fatihah....


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam........

Tahniah dan syabas kepada KFN Zaliza Zakaria....antara srikandi negara yang berkhidmat dengan pasukan elit Tentera Darat, 10 Briged (PARA)....semoga beliau cepat sembuh sepenuhnya dan dapat meneruskan perjuangan murni dengan pasukan elit ini..di kala gadis moden kini mengejar kerjaya yang penuh glamor, zaliza memilih untuk mengharung onak duri bersama PARA Troops....bukan mudah kan untuk memakai bery maroon..jika pada kaum lelaki ia sudah mencabar apatah lagi pada anda dan gadis-gadis perajurit yang lain...

Salam Takziah dari saya untuk keluarga-keluarga perajurit - perajurit yang terkorban,Al-Fatihah.....

Untuk zaliza dan semua perajurit-perajurit PARA.......teruskan semangat juang anda...negara ini memerlukan kalian....

Semerah Sehitam...

Sang Simba
Sri Rampai, Kuala Lumpur

Tanpa Nama berkata...

hi semua.. salam perkenalan.. saya berminat untuk mengetahui blog ini lebih lanjut lagi.. bila nak update n keongsilah cerita mengenai para.... salah satu unit yang saya kagumi dalam tentera darat

Sang_Simba berkata...

kebanyakan yang lalu kat sini diorang tengok2 je...tu yang sunyi je portal ni..sunyi kat ulasan je la...kalo kat medium2 yang lain dalam ni diorang layan...mungkin takde masa kot.....kalau dapat KFN ZALIZA Zakaria mengulas kat sini ok juga..nak tahu juga perkembangan terbaru..

Tanpa Nama berkata...

kagum betul.. semangat juang yang tinggi!

Unknown berkata...

Semoga terus tabah selalu...