Google

Rabu, 10 Oktober 2007

PTD FILIPINA DIANUGERAHKAN SAYAP KEHORMAT

10 Bgd Para telah menerima satu lawatan rasmi Panglima Tentera Darat Filipina Lieutenant General Romeo P. Tolentino baru-baru ini yang diiringi oleh Panglima Tentera Darat dan beberapa Pegawai Kanan TD di sambut oleh Panglima 10 Bgd Para dan para Pegawai 10 Bgd Para pada 5 Jul 2007 yang lalu.

Rombongan lawatan telah diberi kawalan kehormatan oleh anggota 10 Bgd Para dan kemudian diberi taklimat ringkas mengenai peranan dan tugas 10 Bgd Para. Dalam lawatan tersebut Panglima Tentera Darat Filipina telah dianugerahkan “SAYAP KEHORMAT” yang disematkan oleh Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Ismail Hj Jamaludin dan dipersembahkan dengan pertunjukan “PARA DANCE”.

Di samping itu Panglima Tentera Darat Filipina berkata, beliau berasa amat kagum dengan semangat juang dan tahap kesiapsiagaan yang ditunjukan oleh warga 10 Bgd Para.

2 ulasan:

klia berkata...

Hi Ok

Tanpa Nama berkata...

hi. sebelum ni x tau pape dlm ketenteraan. tiba2 bila kene wat tugasan cam ni, baru nk korek maklumat kt sana-sini.huhu...